Khamis, 27 Disember 2012

Mesyuarat Pertama 2013

Star Q


Walaupun tahun 2013 belum lagi menjengahkan wajahnya, namun tugasan guru sudah pun bermula sepertimana dengan guru-guru lain di seluruh pelusuk negara ini.  Seperti kebiasaannya, tugasan pertama guru untuk tahun baru bermula seminggu awal sebelum penggal baru persekolahan dibuka.

Bagi warga pendidik SMK Tuanku Abdul Rahman, mesyuarat pertama telah diadakan pada 26/12/12 bermula dengan mesyuarat Guru dan Kurikulum.  Hari berikutnya pada 27/12/12, telah diadakan mesyuarat Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta mesyuarat agong Kelab STAR.

Banyak perkara yang telah diamanatkan oleh pengetua baru SMKTAR kepada para guru.  Harapan yang beliau titipkan juga merupakan harapan kami setiap guru di sini dan Insya Allah, semoga semua harapan yang baik akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan