Sabtu, 8 Disember 2012

Operasi Bersih

Star Q

Foto ihsan Pn Norasyikin Mohd Aris

Sudah agak lama tidak ada sebarang entri untuk blog Pra-U SMKTAR ini memandangkan cuti sekolah hujung tahun yang agak panjang.  Oleh yang demikian, sudah pastinya tidak banyak aktiviti yang berjalan.

Namun pada pagi ini, 8hb Disember 2012 jam 8.30 pagi, sekumpulan pelajar Pra-U ambilan 2012/13 telah datang ke sekolah untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan perpustakaan lama SKTAR.  Mengikut Pengetua baru SMKTAR (yang telah mula bertugas sejak 16hb November 2012 yang lalu) premis ini akan dijadikan surau untuk Pra-U.


Pada awalnya premis ini memang hendak dijadikan bilik pusat sumber Pra-U, tetapi memandangkan terlalu banyak yang perlu diubah suai, maka usaha itu telah terbengkalai.  Mungkin dengan cadangan Tuan Pengetua ini, kita jangka akan ada peruntukan tertentu untuk membangunkan premis ini agar menjadi surau yang selesa baik untuk pelajar juga tenaga pengajar Pra-U semuanya, In sya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan