Jumaat, 9 November 2012

Titisan Restu STPM 2011/2012

Star Q

Hari ini Jumaat 9hb November 2012, merupakan hari terakhir persekolahan untuk tahun ini.  Namun bagi kumpulan pelajar Pra-U ambilan 2011/2012 perjuangan mereka belum lagi sampai penghujung.  Pagi ini selepas bacaan Yaasin, para pelajar telah menyusun meja di dewan bagi peperiksaan STPM yang akan mereka hadapi bermula 19hb November 2012.

Sebaik sahaja selepas selesai menyusun meja dan menampal slip peperiksaan pada meja masing-masing, satu majlis Titisan Restu telah diadakan di mana para guru telah memberi sepatah-dua kata nasihat dan peringatan kepada para pelajar.  Majlis ini juga memberi peluang kepada para pelajar meminta maaf daripada guru-guru mereka atas segala kesilapan yang mungkin telah mereka lakukan.

Penulis merupakan salah seorang guru bertugas pada hari pertama peperiksaan STPM itu nanti.  Didoakan semoga para pelajar lakukan yang sehabis baik dan semoga dapat mencapai cita-cita untuk ke menara gading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan