Khamis, 1 November 2012

Sesi Bersama GPK1

Star Q


Pada 28hb Oktober 2012, pihak pengurusan yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Akademik SMKTAR, En. Affendi bin Mohd Noor, telah mengadakan pertemuan bersama bakal pelajar cemerlang STPM 2012.

Pertemuan itu telah diadakan bagi memberitahu para pelajar Pra-U tersebut tentang harapan yang digalas oleh mereka dalam mengharumkan nama sekolah melalui keputusan yang akan mereka capai nanti.  Mereka juga diingatkan bahawa merekalah harapan sekolah dan mereka jugalah menjadi model bukan sahaja kepada pelajar Pra-U bawa tetapi juga kepada semua pelajar aliran perdana.

Semoga harapan yang dititipkan oleh pihak pengurusan dan juga para guru terhadap mereka ini, akan termakbul jua.  Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan