Rabu, 7 November 2012

Jamuan Akhir Tahun PERTINAM 2012

Star Q


Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) Sek. Men. Keb. Tuanku Abdul Rahman, telah mengadakan Majlis jamuan Akhir Tahunnya pada hari Rabu, 7hb November 2012.  Jamuan tersebut telah bermula pada jam 12 tengahari dan selesai pada jam 1.30.

Jamuan ini telah julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah dengan kebenaran Pemangku Pengetua.  Walaubagaimanapun, beliau telah meletakkan syarat supaya semua pelajar dihantar oleh guru-guru Pra-U dengan kereta masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka.

Suasana santai dapat dirasakan oleh semua pelajar dan guru kerana, bukan sahaja ini pertama kali jamuan diadakan di luar kawasan sekolah, malah ia diadakan di restoran yang menjadi kegemaran kebanyakan pelajar Pra-U di sini, iaitu, Restoran Kentucky Fried Chicken.

Majlis telah disudahi dengan sesi bergambar buat para guru dan pelajar.  Sebelum meninggalkan majlis, Pemangku Pengetua sempat berbisik rasa bangganya jamuan ini telah berjaya diadakan di luar kawasan sekolah.  Seterusnya beliau mencadangkan agar tahun hadapan, jamuan seperti ini diadakan di hotel pula.  Insya Allah :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan