Isnin, 5 November 2012

Peperiksaan 2012 Bermula

Star Q


Bagi para pelajar Pra-U ambilan 2012/2013, hari ini merupakan hari pertama mereka menduduki peperiksaan STPM Penggal 1 yang merupakan pengenalan bagi sistem baru STPM.  Jika dilihat dari jangka masa mereka berada di tingkatan enam, iaitu dari pertengahan Jun hingga kini, belum pun sampai setengah tahun pembelajaran mereka.

Susah untuk dilihat kesediaan mereka menghadapi peperiksaan hanya dari riak wajah mereka.  Apa pun mereka akan menghadapi peperiksaan ini selama empat hari sehingga hari Khamis.  Penulis mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar ini, dan semoga akan terus mencari ilmu di Pra-U SMKTAR sehingga selesai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan