Khamis, 1 November 2012

Hari Anugerah Kokurikulum

Star Q


Hari Anugerah Kokurikulum SMKTAR telah diadakan pada 31hb Oktober 2012 pada jam 7.45 pagi.  Ianya diadakan pada sebelah pagi sebagai memenuhi waktu senggang yang banyak bagi pelajar yang telah pun selesai peperiksaan akhir tahun.  

Pun begitu bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti SPM, STPM dan STPM baharu, mereka telah dikecualikan dari menghadiri majlis ini untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran terus berjalan.

Berkait dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan ini, hanya mereka yang memenangi anugerah sahaja diminta berada di dewan untuk majlis tersebut.

Starbright mengucapkan tahniah kepada semua para Pelajar Pra-U yang telah menerima pengiktirafan dalam majlis anugerah kokurikulum tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan