Khamis, 1 November 2012

Majlis Titisan Restu

Star Q


Majlis Titisan Restu untuk para calon STPM baharu telah diadakan pada 1hb November pada jam 11.00 pagi.  Majlis yang menyusul selepas selesai aktiviti menyusun kerusi meja untuk dewan peperiksaan, telah berjalan dengan lancar.

Kumpulan pertama calon STPM baharu ini adalah kumpulan yang julung-julung kalinya menduduki peperiksaan STPM hanya selepas tidak sampai empat bulan berada di Pra-U bawah.  Apa yang pasti, kebanyakan daripada mereka sudah pastinya bersedia untuk menghadapi satu lagi cabaran yang bakal menentukan masa depan mereka.

Pada majlis Titisan Restu itu juga, mereka telah dimaklumkan tentang Peperiksaan MUET yang bakal mereka duduki pada bulan Mac tahun hadapan.  Semua pelajar dikehendaki membeli nombor pin sendiri dan menyerahkannya kepada guru peperiksaan MUET untuk didaftarkan.

Dalam satu mesyuarat pos-mortem STPM yang diadakan bersama GPK Akademik baru-baru ini, adalah disarankan agar para pelajar yang tidak mencapai sekurang-kurangnya band 2 dalam peperiksaan MUET mereka, mengambilnya semua pada bulan November tahun yang sama.

Starbright mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon, baik dalam peperiksaan STPM baharu mahupun peperiksaan MUET yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan