Isnin, 31 Disember 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 / 2013

Star Q


Pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 1, PAV dan Peralihan Sesi 2013 SMK Tuanku Abdul Rahman telah diadakan pada hari ini, 1hb Januari 2013 bermula jam 8.30 pagi.  

Dari se awal jam 8.00 pagi lagi ibu-bapa telah datang membawa anak-anak mereka untuk didaftarkan di Dewan Al-Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman.  Enam kelas dibuka untuk Tingkatan 1 dan sebuah kelas untuk Peralihan.  Setelah selesai pendaftaran, ibu-bapa dan pelajar telah menuju ke Koperasi untuk membeli keperluan sekolah.  Selepas itu mereka pergi mendapatkan buku teks dari SPBT SMKTAR.  AJK SPBT telah menggunakan Makmal Fizik bersebelahan Bilik SPBT untuk tujuan pengagihan buku teks sebab ruangnya yang lebih luas.

Bagi pelajar yang ingin tinggal di Asrama SMKTAR, kaunter pendaftaran juga turut dibuka di Dewan Al-Ghazali.

Diharapkan para pelajar yang mendaftar hari ini, akan menjadikan suasana SMKTAR sebagai satu persekitaran yang kondusif untuk mereka tekun belajar menjadi pelajar yang berjaya dan berdisiplin.  Selamat datang ke SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan