Selasa, 1 Januari 2013

Sesi Persekolahan Baru 2013

Star Q


Hari ini bermulalah sesi persekolahan baharu untuk tahun 2013.  Para pelajar kelihatan berkobar-kobar datang ke sekolah.  Mungkin kerana lama tidak ke sekolah atau pun mungkin kerana lama tidak bertemu dengan rakan-rakan masing-masing.

Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang diadakan di Dewan Al-Ghazali.  Para pelajar dan guru telah mendengar amanat yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Alias bin Abdul Samad, juga dari Pengetua Cemerlang SMKTAR, Encik Kamaruzaman hin Hj Hasanuddin.

Satu perkembangan positif hasil dari amanat yang disampaikan oleh Pengetua Cemerlang, yang dapat dilihat dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar baru, ialah mereka menegur guru-guru tiap kali mereka bertembung.  Semoga semua para pelajar akan terus menanam semangat dan sikap yang positif dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan