Khamis, 3 Januari 2013

Salam Buat Mu, Saudara Baru

Star Q


Terlebih dahulu, penulis memohon ampun dan maaf kerana mungkin tuan punya badan yang ingin dijadikan bahan entri kali ini, langsung tidak mengetahui tentang pos ini.  Namun, entri ini dibuat atas cadangan seorang rakan guru Pra-U dan juga untuk mewara-warakan satu perkara yang baik.

Rakan guru Pra-U yang ingin disebutkan di sini ialah En. Azri bin Abdul Halim, yang kini telah menjadi saudara baru kami.  Beliau masih mengekalkan nama beliau yang dahulu.  Teringat penulis bila Ustaz Asri menyatakan rasa terkejut beliau bila En Azri memberi salam kepada beliau, kerana beliau langsung tidak mengetahuinya.

Jadi memang eloklah perkara yang baik diwara-warakan.  Penulis sejak tahun lepas lagi telah melihat bibit-bibit ini, lebih-lebih lagi bila beliau membeli se naskah Tafsir Al-Quran berharga RM150.00 dari Ustaz Shahrizan bin Omaruddin.

Penulis juga sempat mendakap beliau setelah beliau menjadi saudara baru.  Mungkin tidak banyak yang dapat beliau pelajari dari penulis, melihatkan kepada ketekunan beliau mendalami agama.  Mungkin juga penulis pula yang dapat belajar dari beliau, In syaa Allah.

Apa pun, syukur Alhamdulillah kepada kebesaran Nya. Dan Salam buatmu, saudaraku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan