Isnin, 21 Januari 2013

Laluan Iqraq Kembali

Star Q


Setelah beberapa tahun program ini tidak dapat dilaksanakan, akhirnya pada hari ini, 22hb Januari 2013 pada jam 7.30 pagi, Program Laluan Iqraq telah kembali mewarnai aktiviti pagi warga SMK Tuanku Abdul Rahman.

Program yang berlangsung selama sepuluh minit ini akan dikelolakan secara bergilir-gilir antara Panitia matapelajaran pada setiap hari Selasa.  

Laluan Iqraq kali pertama ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan telah diketuai oleh Pn Sharifah Aini.  Program ini turut disertakan dengan kuiz yang menawarkan hadiah-hadiah kepada pelajar yang menjawab soalan dengan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan