Selasa, 2 Disember 2014

Meremajakan Prasarana Pra-U

Star Q


Maaf kerana agak terlewat memuatnaik entri ini.  Namun ianya perlu juga dilakukan kerana usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dijalankan oleh kesemua warga pra-u SMK Tuanku Abdul Rahman dalam usaha meremajakan prasarana mereka.

Semua sedia maklum, bangunan yang digunakan oleh warga pra-u SMK Tuanku abdul Rahman merupakan beberapa blok bangunan SK Tuanku Abdul Rahman yang ditinggalkan setelah warga mereka mendapat bangunan baru.

Dan semua juga sedia maklum keadaan bangunan yang ditinggalkan ini SEtelah beberapa tahun tidak berpenghuni; sudah tentu memerlukan banyak usaha untuk mengembalikannya kepada keadaan yang selesa untuk digunakan.  Bukan sahaja usaha yang diperlukan, malah juga wang ringgit dan kerja sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan