Ahad, 11 Mei 2014

Wajah-wajah Baru Pra-U SMKTAR!

Star Q


Inilah dia antara wajah-wajah baru yang bakal menghiasi dunia pra-universiti SMK Tuanku Abdul Rahman untuk tahun 2014 dan 2015.  Gambar ini diambil pada 8hb Mei 2014 selepas para pelajar pra-universiti (6 bawah) ini selesai membersihkan kelas yang akan mereka duduki selama masa pengajian mereka di sini.

Diharapkan para pelajar ini akan menggunakan daya usaha dan kerjasama mereka untuk meningkatkan keceriaan kelas mereka masing-masing dan mengekalkan tradisi pra-universiti sebagai antara kelas yang paling banyak memenangi gelaran kelas yang paling ceria.

Diharapkan juga tidak ada pihak yang akan menabur janji-janji manis sebagai habuan kepada kelas yang paling banyak memenangi gelaran kelas paling ceria dan bersih, bimbang janji tersebut tidak dapat dilunaskan sepertimana yang terjadi kepada para pelajar pra-universiti ambilan 2012/2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan