Selasa, 17 Jun 2014

Sambutan Hari Guru Pra-U

Star Q



Walaupun tarikh 16 hb Mei yang merupakan Hari Guru seluruh Malaysia, telah lebih sebulan meninggalkan kita, manun ingatan para pelajar pra-universiti SMKTAR untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Pra-Universiti sangat mengharukan.

Seingat penulis, inilah pertama kali Majlis Perwakilan pelajar Pra-Universiti SMKTAR mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Guru khusus untuk tenaga pengajar pra-u, berasingan daripada mereka di aliran perdana.

Penulis lebih berbesar hati kerana walaupun telah hampir lima bulan meninggalkan dunia pra-universiti, para pelajar masih sudi menghulurkan cenderahati kepada penulis.  Penulis dengan besar hatinya mengucapkan terima kasih.

Walau apa pun yang mungkin dikatakan oleh sesiapa sahaja tentang sambutan ekslusif pelajar pra-u untuk tenaga pengajar mereka, jangan patah semangat.  Teruskan usaha murni anda dan buktikanlah yang anda mampu menganjurkan majlis sebegini tanpa bergabung dengan tenaga luar.  Tahniah sekali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan