Star Q
Rakan tenaga pengajar pra-universiti kami ini sudah lebih kurang dua minggu melangsungkan perkahwinan beliau dengan orang Muar, namun baru hari ini warga pra-u berkesempatan mengadakan majlis makan-makan untuk beliau.
Sebenarnya pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Staf SMKTAR telah pun mengadakan majlis untuk beliau. Namun dalam satu majlis yang dimuatkan berbagai-bagai tujuan seperti majlis perpisahan, majlis selamat datang, majlis menyambut guru baru dan sebagainya, dilihat tidak begitu spesifik malah tidak sampai kepada hajat yang ingin dicapai iaitu meraikan Cikgu Azri bin Abdul Halim.
Jadi atas kesedaran itulah dan juga atas nama persahabatan, maka saya turut serta bersama tenaga pengajar pra-u dalam mengadakan majlis ini. Ianya lebih bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara rakan-rakan tenaga pengajar pra-u (dan bekas tenaga pengajar juga!). Di samping itu, tidak dinafikan, majlis yang lebih kecil dalam suasana yang sederhana mampu menjalinkan kerjasama antara tenaga pengajar pra-u.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan