Selasa, 8 April 2014

Kembali Untuk Yang Pergi

Star Q


Hati sudah berjanji tidak akan menulis lagi dalam laman ini, walaubagaimanapun kejadian-kejadian sedih yang berlaku sepanjang minggu mendesak jejari ini terus menukilkan perasaan yang terbuku di hati.  Kebetulan pula apa yang hendak dinukilkan memang ada kaitan dengan warga pra-universiti yang telah ku tinggalkan hampir tiga bulan.

Antara banyak kejadian sediah yang berlaku minggu lalu, yang ini telah meruntun hati ini.  Kembalinya ke rahmatullah bekas pelajar pra-universiti yang dikebali dengan nama manjanya 'JIJI' telah mengundah luahan hati daripada ramai guru dan kenalan arwah, termasuk lah saya, walaupun saya tidak pernah berpeluang mengajar beliau.

Namun, sikap arwah yang berhemah tinggi dan bersopan santun terhadap guru-guru menjadikan arwah sangat disenangi semasa hayat beliau.  Perginya beliau dengan secara tiba-tiba juga mengundang rasa terkejut di kalangan rakan-rakan seperjuangan beliau semasa di pra-universiti dulu.

Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya bila saya tidak berpeluang sama-sama solatkan jenazah beliau dan juga mengiringi jenazah ke pusara.  Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan