Ahad, 13 April 2014

Semoga Bertambah Cemerlang

Star Q


Sekalung tahniah diucapkan kepada Badan Pengawas SMK Tuanku Abdul Rahman kerana telah dengan jayanya mengendalikan majlis perpisahan untuk En. Alias bin Abdul Samad yang telah berpindah ke SMK Gemas dengan memegang jawatan GPK Akademik di sana.

En. Alias yang semasa di sekolah ini telah memegang jawatan GPK Hal Ehwal Murid telah menjalankan tugas beliau dengan begitu baik sekali dibantu dengan komitmen yang padu dari panel guru disiplin, badan pengawas, guru-guru termasuklah GPK Akademik sendiri, En. Affendi bin Mohd Noor.  Semoga En. Alias akan bertambah cemerlang lagi menjalankan tugas beliau di sekolah baru.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada badan pengawas juga para pelajar pra-universiti yang telah menggembeling tenaga untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan