Khamis, 26 April 2012

Kolokium Pra-U 2012

Entries in My Other Blogs :


Hari ini, 26hb april 2012, berlangsunglah kolokium R&D Pra-U 2012 SMKTAR yang mungkin juga merupakan pembentangan tajuk-tajuk R&D yang terakhir.  Ini memandangkan, bermula dengan pelajar enam rendah yang akan mula mendaftar masuk pada awal Mei nanti, pelajar pra-U akan sibuk dengan pelbagai tugasan berkaitan dengan subjek-subjek mereka.

Isnin, 23 April 2012

Test Paper for Wiping Tables!

Entries in My Other Blogs :


As usual, our school seem to be quite a popular choice for events to be held which includes today's event which is the Inter-school District Level Football Match 2012.  Since our school field cannot accommodate more than one game at any one given time, the under 15 matches will be held at a neighbouring school.

And because of that, many teachers are not around, in addition to those who have gone for courses and meetings (parents please complain that teachers are not in school often enough! Please!!!)  So, to overcome this situation, this Programme Imtiaz has been set up, albeit a bit ad hoc, for the form 5 students, whereby some teachers sit out with the students for more than two hours while students attempt to answer questions assigned to them.

Khamis, 19 April 2012

Time For A Change!

Entries in My Other Blogs :




I guess the time has finally come for a change at least with regards to the language used to edit this blog.  This much thought over decision was made due to the fact that not many (if any at all!) STAR Form 6 students, for whom this blog was specially created, have come for a visit to this blog.  When this blog was launched, it was intended for them to look through all the reports and views about the activities in school and outside that involved them, whether directly or indirectly.  And it was for their sake, which was to cater to their understanding of the materials written, all posts were written in Bahasa Melayu.

Jumaat, 13 April 2012

Hanya Se Potong Nasihat

Entri di Blog Lain :




Se Kilas Pandang

Semuanya bermula dengan se potong nasihat yang tujuan utamanya sangat murni iaitu hanya untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri sendiri.  Memang kadang-kadang kuman se berang laut kita nampak, tapi gajah yang sedang mundar-mandir di hadapan mata kita sendiri pun kita tak nampak!  Dan masa itulah akan ada orang yang menyedarkan kita dari asyik melihat kuman yang seberang laut itu, agar dia tidak dipijak-pijak oleh sang gajah yang se olah-olah naik minyak!

Dan se harusnyalah nasihat yang diberikan itu jangan dilihat se olah-olah ingin menunjuk-nunjuk atau memandai-mandai dari si pemberi nasihat.  Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang.  Makanya, ada terdapat kesilapan itu maka diri kamu ditegur.  Pemberi nasihat itu pun tidak gilakan populari untuk mengada-ngada mengeluarkan pendapatnya kerana pendapat yang diberikan itu pun datangnya dari orang yang hak; ia itu sudah memang jelas kedudukan orang itu boleh memberi nasihat.

Jumaat, 6 April 2012

Perjumpaan 3 Penjuru

Entri di Blog Lain :


Se Kilas Pandang

Semalam juga (5hb April 2012) sebaik sahaja selesai menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Choral Speaking Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tampin, sekolah turut mengadakan hari Perjumpaa Tiga Penjuru bersama ibu-bapa dan pelajar pada jam 2.30 petang.

Pada perjumpaan tiga penjuru ini, ibu-bapa datang untuk mengambil slip keputusan Ujian Bulan Mac anak-anak mereka di samping berpeluang bertanyakan kepada guru-guru anak-anak mereka tentang prestasi anak-anak mereka.  Apa yang membanggakan ialah, pada perjumpaan kali ini, keadaan seumpama pesta kerana memang ramai ibu-bapa hadir jika dibandingkan dengan perjumpaan-perjumpaan se belum ini.

Dan sayugia diingat juga, ini merupakan minggu ketiga berturut-turut waktu tamat persekolahan bagi guru-guru bukannya jam 2.40 petang, tetapi lebih dari jam 4.30 petang.  Cuma diharapkan guru-guru dapat mengumpul semula tenaga untuk terus mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang gemilang.  Tahniah kepada semua guru-guru SMKTAR!

Khamis, 5 April 2012

Choral Speaking 2012

Entri di Blog Lain :


Hari ini, 5hb April 2012, selesai satu lagi pertandingan Ko-Akademik peringkat daerah Tampin, ia itu Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Tampin yang mana kami telah menjadi tuan rumah.  Walaupun pertandingan ini hanya terbuka kepada para pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima, namun entri ini tetap dibuat memandangkan ramainya guru Tingkatan 6 yang turut terlibat.

Rabu, 4 April 2012

Peluang Untuk Dapat Markah Negeri!


Akhirnya, setelah hampir tiga tahun menanti, para pelajar Pra-U ambilan 2011/2012 kini mempunyai peluang untuk memperbaiki markah kokurikulum mereka dengan merebut peluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan kokurikulum yang bakal diadakan untuk mereka di peringkat negeri.

Peluang ini memang sudah lama dinantikan oleh para pelajar Pra-U sejak ambilan 2010/2011 lagi.  Namun disebabkan beberapa kesulitan, pertandingan-pertandingan peringat negeri mahu pun daerah tidak dapat dijalankan.  Tambahan pula tidak ada usaha dijalankan oleh pihak bertanggung-jawab untuk membuat dan menghantar kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti tersebut.  Namun, aktiviti kokurikulum diperingkat sekolah yang membolehkan pelajar mendapat markah penyertaan dan kemenangan di peringkat sekolah, memang telah banyak diselaraskan oleh Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6.

Isnin, 2 April 2012

Sibuk Agaknya


Se Kilas Pandang

Memang kalau se kilas pandang, nampaknya terlalu sibuklah sangat sampai tak berkesempatan untuk mengulang-kaji pelajaran apatah lagi untuk menghadiri kelas.  Namun, pada fikiran penulis, masa-masa sibuk itu kini telah berlalu, dan sudah sampai masanya untuk kembali mendidik hati untuk terus mengejar ilmu di dalam kelas.