Khamis, 27 September 2012

Majlis Yaasin & Solat Hajat 2012

Star Q


Majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM telah diadakan pada 27hb September 2012 bertempat di Dewan Al-Ghazali bermula jam 6.50 petang.

Pada majlis ini, para pelajar Pra-U Rendah turut dijemput hadir kerena mereka juga akan menduduki peperiksaan semester 1 STPM mereka.  Dan dengan kehadiran mereka serta ibu-bapa mereka, kehadiran tahun ini telah merekodkan seramai 600 orang hadirin dalam kalangan guru-guru, ibu-bapa dan para pelajar.

Majlis telah dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti dengan ucapan oleh GPK HEM SMKTAR En. Alias bin Abdul Samad.  Ini disusuli dengan bacaan Yaasin, Solat Isyak dan Solat Hajat yang mana kesemuanya telah dipimpin oleh Tn Hj Hasbuna, Imam Masjid Kg. Ladang.  

Majlis yang selesai pada jam 9.05 malam itu, disudahi dengan jamuan untuk semua hadirin yang telah diadakan di kantin sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan