Rabu, 12 September 2012

Pertandingan Pengucapan Awam Pra-U

Star Q

Ketua hakim memberi taklimat kepada para peserta

Sebagai aktiviti kokurikulum untuk tarikh 12hb September 2012, Persatuan Bahasa telah mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam Terbuka untuk semua pelajar Pra-U bawah.  Setiap persatuan (Bahasa, Pengajian Am dan Sains Sosial) dimestikan menghantar lima orang wakil sebagai peserta pertandinga.

Barisan hakim

Pertandingan yang dimulakan pada jam 3.00 petang telah menyaksikan lima belas peserta bertarung untuk mendapat tiga hadiah utama berkumpulan.  Sebanyak enam belas tajuk telah disediakan untuk peserta pilih dan berucap secara spontan.

Hadiah-hadiah untuk para pemenang akan diberikan pada perhimpunan rasmi Pra-U yang akan datang.

1 ulasan:

  1. Salam bro..ada tak lencana sekolah star gemas dalam bentuk softcopy..nk wat design utk tshirt tp xjmpe softcopy lencana..kalo bro ade leh email kt saya tak?storm_blizz@yahoo.com

    BalasPadam