Jumaat, 21 September 2012

Majlis Doa Selamat

Star Q


Pada setiap hari Jumaat, para pelajar Pra-U serta guru-guru mereka akan mengadakan majlis bacaan Yaasin (aliran perdana turut mengadakannya)  Hari ini, selain daripada bacaan Yaasin, kami juga telah mengadakan bacaan doa selamat khusus untuk para pelajar kami yang akan menduduki peperiksaan STPM untuk Pra-U Atas  dan juga peperiksaan STPM Semester Pertama untuk Pra-U Bawah.

Bagi penulis yang selama ini menyertai bacaan Yaasin aliran perdana, ini merupakan kali pertama penulis dalam majlis di sini.  Rasa tersentuh juga di hati penulis bila melihatkan ramai para pelajar Pra-U yang baik-baik datang menyertai majlis ini walaupun guru-guru Pra-U yang turut serta hanya se ramai lima orang iaitu empat orang guru wanita dan seorang guru lelaki (penulis la tu!)

Penulis dapat rasakan yang Pn Adek Noor Suliati seperti pukul anak sindir menantu bila beliau meminta para pelajar yang hadir turut mengajak rakan-rakan lain yang jarang turut serta dalam majlis ini.  Diharap guru-guru Pra-U yang lain (seramai enam belas orang) turut sama memakmurkan majlis ini selain daripada menjadi contoh teladan yang unggul kepada para pelajar.  Jangan nanti sampai menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan