Rabu, 19 September 2012

Majalah Sekolah 2012 Dalam Pembikinan

Star Q

Di Bintang Printing : Pn Norasyikin sibuk meng'edit' gambar

Hari ini, 19hb September 2012, sekumpulan empat orang guru, termasuk dua orang guru Pra-U, telah berkunjung ke Pejabat Urusan Bintang Printing untuk berbincang tentang mencetak majalah sekolah edisi 2012.  Kehadiran kami ke pejabat syarikat tersebut di Kandang, Melaka, disambut baik oleh para petugas disitu.

Usaha mengumpul bahan untuk dimuatkan dalam majalah ini telah dimulakan sejak semester pertama tahun ini.  Pn Norasyikin, Pn Noor Sam, En Amir dan penulis sendiri telah pergi ke pejabat percetakan tersebut untuk merundingkan konsep, layout dan harga majalah.

Penulis sendiri tidak dapat mengelakkan dari rasa teruja menantikan kelahiran majalah sekolah ini setelah dua tahun menanti.  Untuk makluman, kali terakhir majalah sekolah diterbitkan ialah pada tahun 2010.

Diharapkan majalah sekolah yang akan dikeluarkan nanti, bakal menjadi buah tangan kepada semua warga SMKTAR, khususnya kepada para pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan, terutama sekolah pelajar Pra-U (Atas) dan pelajar Tingkatan Lima.  Buat mereka ini, majalah ini nanti akan menjadi satu tandamata yang tidak ternilai untuk tatapan mereka di masa akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan