Isnin, 10 September 2012

Pra-STPM 2012

Star Q


Minggu ini sudah pun masuk minggu kedua para pelajar Pra-U SMKTAR ambilan 2011/2012 menduduki peperiksaan percubaan STPM mereka.  Apa pun, kebanyakan pelajar dilihat sangat serius untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.  Ini penulis perhatikan dari cara mereka mengulangkaji pelajaran dan membuat pembelajaran dalam kumpulan.

Penulis mengharapkan agar segala usaha gigih para pelajar yang berkenaan akan berbayar dengan keputusan yang cemerlang, lebih-lebih lagi untuk Peperiksaan STPM mereka yang sebenar nanti.  Semoga, mereka juga akan mengikut jejak senior mereka (pra-U ambilan 2010/2011) yang mana lima puluh peratus daripada mereka telah berjaya mendapat tempat ke menara gading.  

Pepatah ada mengatakan yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.  Cuma diharapkan yang tumbuh bagi menggantikan yang patah itu akan lebih baik lagi; baik dari segi akademik dan baik juga dari segi sahsiah, Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan