Isnin, 10 September 2012

Satu Lagi Kes!

Star Q

Gambar ihsan Pn Norasyikin Mohd Aris

Sudah macam bermusim pulak!  Bila seorang pelajar kemalangan, macam berturut-turut pulak.  Kalau bukan pelajar yang menyebabkan kemalangan tersebut, orang lain yang melanggar pelajar kesayangan kita pulak.  Dalam kes ini, salah seorang lagi pelajar Pra-U SMKTAR, saudara Azmi dari 6SKP (Bawah) telah mengalami kemalangan bila dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

Namun begitu, syukur alhamdulillah, pelajar tersebut tidak mengalamai kecederaan yang serius cuma tercalar sedikit dan seluar beliau terkoyak.  Sebagai langkah berjaga-jaga beliau tetap telah dihantar ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Berkait dengan cerita ini, penulis juga telah mengalami kejadian yang tidak diingini selepas solat Jumaat minggu lalu; bukan atas kelalaian sendiri tetapi atas kecuaian pemandu lain.  Namun, penulis bersyukur kerana hanya kenderaan yang tercalar (walaupun hati turut tercalar!)

Sebenarnya kita boleh berhati-hati bila di jalan raya.  Tetapi kadang-kadang pemandu lain yang tidak berhati-hati yang menyebabkan kita turut sama terlibat.  Dalam keadaan sedemikian, sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan dari segala bahaya.  Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan