Jumaat, 21 September 2012

Kursus Membina Laman Blog

Star Q


Menjadi seorang blogger bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan seseorang itu terus tekal mengemaskini blognya dan sentiasa berwaspada tentang apa yang ditulisnya.  Tidak semua perkara yang berlaku disekeliling kita sesuai dijadikan bahan penulisan dalam blog.  Kalau pun blogger terdorong untuk menulis, haruslah perihatin tentang cara menulisnya agar tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

Namun untuk mula menjadi seorang blogger, seseorang itu haruslah ada laman blognya sendiri.  Dan untuk itu, pihak sekolah telah mengadakan kursus Membina Laman Blog untuk guru-guru pada 21hb September 2012 dari jam 3.00 hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer sekolah.

Seperti mana-mana kursus, sudah pastinya ada yang lebih cenderong untuk mengikutinya dan ada juga yang tidak.  Penulis sendiri telah diminta oleh fasilitator untuk bersama memberi tunjuk-ajar kepada rakan-rakan guru yang perlukan bantuan.

Menulis blog adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.  Guru-guru yang berkesempatan harus mencubanya.  Bak kata pepatah, kalau tak kenal maka tak cinta.  Tapi jangan terlalu cintakannya hingga kerja lain tak menjadi :-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan