Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Jumaat, 21 September 2012

Kursus Membina Laman Blog

Star Q


Menjadi seorang blogger bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan seseorang itu terus tekal mengemaskini blognya dan sentiasa berwaspada tentang apa yang ditulisnya.  Tidak semua perkara yang berlaku disekeliling kita sesuai dijadikan bahan penulisan dalam blog.  Kalau pun blogger terdorong untuk menulis, haruslah perihatin tentang cara menulisnya agar tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

Jumaat, 29 April 2011

Kem Kepimpinan


Pada 9hb April 2011 yang lalu, seramai empat orang pelajar Tingkatan 6 SMK Tuanku Abdul Rahman telah menyertai Kem Kepimpinan khusus untuk pelajar tingkatan 6 yang telah di adakan di Sekolah Menengah King George ke V, Seremban, Negeri Sembilan.


Oleh kerana pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk empat orang pelajar bagi setiap sekolah yang ingin mengambil bahagian, pemilihan terpaksa dibuat berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'.  Setelah pengumuman tentang kem ini dibuat, 2 orang pelajar dari 6SKP, 1 orang dari 6GEP dan 1 orang dari 6SBP telah terpilih.



Oleh kerana kem ini diadakan pada hari Sabtu yang merupakan hari sekolah ganti untuk cuti Deepavali nanti, maka pihak pentadbir sekolah hanya membenarkan seorang sahaja menyertai pelajar sebagai guru pengiring.  Pn. Marshida bt Abdul Rahman telah bertindak sebagai guru pengiring kerana kebetulan dalam program kem kepimpinan tersebut terdapat satu 'slot' untuk guru 'Kajian Tindakan' sekolah-sekolah yang menyertai.

Sabtu, 9 April 2011

Pra-Program Khidmat Masyarakat 2011

Sebahagian pelajar menjalankan aktiviti simulasi
Hari ini Sabtu 9hb April 2011, merupakan sekolah ganti sempena cuti Deepavali nanti dan mengikut jadual hari Isnin.  Untuk pelajar tingkatan 6 satu sesi Pra-Program Khidmat Masyarakat telah diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Sesi ini adalah sebagai persediaan untuk mereka menghadapi program yang sebenar yang akan dijalankan pada 20hb April 2011 minggu hadapan.

Pelajar yang berlakon menjadi pelajar sekolah rendah!
Sesi ini diadakan agar para pelajar lebih bersedia bila berhadapan dengan klien mereka sewaktu program tersebut.  Pada waktu ko-kurikulum minggu hadapan, semua pelajar dan guru tingkatan 6 akan keluar untuk menjalankan program ini.