Isnin, 26 Ogos 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013

Star Q


Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Tuanku Abdul Rahman telah dilancarkan pada hari Rabu, 21hb Ogos 2013 bertempat di Tapak Perhimpunan.  Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan deklamasi sajak orang Saudari Adibah dari Tingkatan 6 Bawah UKM.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan tidak sahaja meliputi aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan sebelum ini seperti pertandingan melukis, melukis banner dan sebagainya.  Aktiviti-aktiviti tahun ini berlanjutan sehingga ke malam hari di mana dari 26 hb Ogos 2013 hingga 30hb Ogos 2013 akan diadakan pertandingan-pertandingan seperti Pakaian Beragam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan di Ambang Kemerdekaan.  

Aktiviti-aktiviti sebelah malam ini dijalankan dari jam 9.00 malam hinggalah pertandingan yang berkaitan selesai.  Kesemua aktiviti sebelah malam dijalankan di Dewan Makan Asrama di mana peserta-pesertanya adalah dalam kalangan penghuni asrama SMK Tuanku Abdul Rahman sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan