Khamis, 1 Ogos 2013

Majlis Iftaar dan Tarawih Pra-U

Star Q


Warga Pra-U SMKTAR telah mengadakan Majlis Iftaar dan Tarawih pada 1hb Ogos 2013 di Dewan Al-Ghazali.  Majlis yang julung-julung kalinya dikendalikan oleh warga Pra-U sepenuhnya telah bermula se awal jam 6.30 petang.

Namun persediaan untuk majlis itu telah dibuat dua minggu sebelumnya.  Yang menariknya tentang itu ialah, semua sesi perbincangan tentang makanan, tempat, peralatan dan lain-lain telah diadakan dalam suasana santai tanpa melalui mesyuarat dan protokol.  Walaupun tenaga pengajar pra-U sendiri tidak ramai, namun sikap toleransi dan saling tolong-menolong telah memudahkan segala urusan.


Majlis yang serba sederhana tapi meriah itu juga telah menyaksikan beberapa orang tenaga pengajar Pra-U dan aliran perdana turut memberi sumbangan ikhlas untuk melicinkan perjalanan majlis.  GPK Tingkatan 6 sendiri telah bersedekah buah tembikai sebagai sebahagian dari juadah berbuka puasa dan Puan Faridah Ghazali dari aliran perdana telah bersedekah daging dan kentang untuk dibuat kuih karipap serta puding durian.

Majlis tersebut juga menampilkan buat kali kedua salah seorang pelajar pra-U sebagai mu'azin iaitu saudara Muhamad Razlan bin Mohd Rashid.  Beliau yang bersuara lunak dan lantang juga merupakan bekas ketua pasukan Caklempong SMKTAR.  Solat Maghrib, Isyak dan Terawih telah dipimpin oleh Ustaz Amir Imran bin Muhamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan