Ahad, 28 Julai 2013

Pengisian SMM

Star Q

Ketiga-tiga kelas pra-U bawah yang baru mendaftar semester ini telah dikemaskini data mereka di dalam Sistem Maklumat Murid seperti dikehendaki oleh GPK HAL Ehwal Murid SMKTAR.  Usaha ke arah itu telah dijalankan di Makmal Komputer SMKTAR Jumaat lalu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Proses yang diminta dilakukan secara ad-hoc ini telah melibatkan ketiga-tiga guru kelas 6 bawah iaitu 6 (B) UM, 6 (B) UKM dan 6 (B) UPM.  Oleh kerana semua data perlu dilengkapkan pada tarikh 26hb Julai 2013 itu sendiri, guru-guru kelas tersebut telah meminta bantuan beberapa orang pelajar dari kelas masing-masing untuk mempercepatkan proses memasukan data.

Diharapkan, pada tahun hadapan, pihak Hal Ehwal Murid dapat membekalkan borang SMM untuk diisi oleh para pelajar pra-U rendah yang mendaftar masuk biasanya pada bulan Mei.  Pihak pengurusan pra-u sendiri, dalam fail yang diedarkan kepada para pelajar pra-u baru sewaktu pendaftaran, lengkap membekalkan borang-borang Biasiswa (disediakan oleh Pn Siti Helena bt Malawi), borang APDM dan kajian soal selidik MUET (disediakan oleh En Rozy bin Hj Ramli)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan