Selasa, 9 Julai 2013

Majlis Anugerah Akademik Terbilang

Star Q


Pada 9hb Julai 2013, pada jam 3.00 petang telah di adakan Majlis Anugerah Akademik Terbilang PMR, SPM dan STPM 2012.  Majlis yang diadakan ini agak berbeza dengan majlis sama yang pernah diadakan tahun-tahun sebelumnya.  Ini kerana, majlis kali ini telah diadakan di luar kawasan sekolah, iaitu di sebuah restoran makanan segera terkemuka iaitu Kentucky Fried Chicken.

Mungkin jika dibandingkan dengan majlis yang sama yang diadakan oleh sekolah-sekolah lain, majlis kami nampaknya begitu sederhana, namun hakikat bahawa ianya pertama kali diadakan di luar kawasan sekolah sudah cukup menimbulkan perasaan teruja bagi kebanyakan guru dan kakitangan sekolah yang hadir.

Majlis tersebut, seperti kebiasaannya, diadakan bagi menyampaikan ucap tahniah kepada para guru yang telah berjaya menghasilkan keputusan peperiksaan 100% bagi subjek dan kelas yang mereka ajar.  Tahniah dan syabas kepada guru-guru terlibat.  Semoga kejayaan terus meniti nama SMKTAR! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan