Rabu, 3 Julai 2013

Acara Akhir Sebelum Sukan

Star Q

Setelah sekian lama sekolah tidak mengadakan sukantara atau acara-acara akhir sebelum sukan sebelah pagi, pada 1hb Julai 2013 pihak pentadbir telah bersetuju untuk mengadakannya dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.  Acara-acara ini telah didahului dengan perhimpunan mingguan rasmi dan majlis perasmian Minggu Koperasi di Dewan Al-Ghazali SMKTAR.

Turut dipertandingankan dalam acara-acara sebelum sukan pada hari tersebut adalah acara 200 meter lelaki dan perempuan dan 4 x 100 meter berganti-ganti.  Kedua acara ini diadakan khas untuk para pelajar pra-universiti kategori bawah 20 tahun untuk memeriahkan acara.  Satu lagi acara iaitu 100 meter lelaki dan perempaun bawah 20 tahun adakan diadakan pada hari Kejohanan sebenar.

Pelajar pra-universiti tidak memandang acara-acara ini sebagai sesuatu yang harus mereka menangi tetapi lebih kepada memberi sumbangan kepada pihak sekolah walau se kecil mana sekali pun.  Tahniah kepada pelajar pra-u yang mengambil bahagian juga mereka yang merealisasikan acara-acara tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan