Rabu, 3 Julai 2013

Kejohanan Olahraga Kali ke 61

Star Q


Kemuncak segala acara sukan di sekolah ini telah pun tiba bila SMK Tuanku Abdul Rahman mengadakan Kejohanan Olahraga nya untuk kali ke 61 pada jam 2.30 petang, 3hb Julai 2013.

Kejohanan kali ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Mohd Amin bin Mat, Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin selaku wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.  Tidak ketinggalan juga kehadiran Yang Berbahagia En. Mohd Amin bin Ripa, Pegawai Khas ADUN Gemas selaku wakil beliau.

Acara yang dilihat sebagai acara yang paling menarik adalah acara tarik tali antara para pelajar pra-universiti dan guru-guru lelaki.  Walaupun tahun ini ibu-bapa tidak dijemput ke kejohanan olahraga sekolah, ia tetap meriah dengan kehadiran ramai para pelajar dan tidak ketinggalan guru-guru.

Gambar-gambar ihsan Pn Norasyikin Mohd Aris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan