Isnin, 8 Julai 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Tampin

Star Q


Satu progam bertajuk Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Tampin telah diadakan di Dewan Al-Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman, pada 8hb Julai 2013 dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Ceramah tentang integriti yang menyentuh berbagai aspek itu telah disampaikan oleh Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Tn Hj Ibrahim bin Hj Husin.  Selain daripada isi yang padat, penyampaian beliau juga telah mampu menarik perhatian peserta seminar sehingga tidak langsung merasa bosan walaupun seminar tersebut berterusan selama tiga jam.

Tenaga pengajar pra-universiti yang turut terlibat sebagai urusetia seminar tersebut termasuklah Pn Adek Noor Suliati bt Mad Said selaku pengacara majlis, serta En Azri bin Abd Halim selaku ketua pembaca ikrar integriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan