Ahad, 4 Ogos 2013

Majlis Agihan Duit Raya

Star Q
i.  Egg Tarts


Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam telah pernah mengadakan majlis pemberian duit raya kepada pelajar Islam sempena Hari Raya Aidil Fitri.  Tetapi, tahun ini, sesuatu yang julung-julung kali diadakan ialah pemberian duit raya, bukan sahaja kepada para pelajar yang beragama Islam, tetapi juga yang bukan Islam.

Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti panjang sempena Hari Raya iaitu pada 2hb Ogos 2013, satu Majlis Agihan Duit Raya telah diadakan di Dewan Al-Ghazali SMKTAR.  Sebahagian besar dari wang yang diberikan adalah kutipan mingguan yang dibuat setiap kali selepas bacaan Yaassin setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.

Walau pun jumlah wang yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun nilainya tetap besar.  Sudah pastinya keistimewaan sudah tentu diberikan kepada para pelajar Islam yang yatim-piatu atau dari keluarga yang susah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan