Selasa, 20 Ogos 2013

Karnival Sukan Pra-U 2013

Star Q



Hari ini bermulalah Karnival Sukan Pra-U Negeri Sembilan 2013.  Karnival yang akan diadakan hari ini (20/8/13) dan esok (21/8/13) diadakan di dua venue iaitu di Centre Court Setemban bagi acara-acara Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Perempuan.  Manakala acara Futsal pula dijalankan di Kompeks Belia Seremban.

Perjalanan dari Gemas bermula pada jam 7.00 pagi dan sampai di Centre Court pada ham 9.00 pagi.  Pasukan-pasukan Bola Tampar dan Bola Jaring telah menaikki sebuah bas dengan diiringi oleh Pn Siti Helena Malawi, Pn Zaini Yusof dan penulis sendiri.  Pasukan Futsal pula telah menaikki van sekolah.  Dua orang guru menaikki kereta masing-masing iaitu En Azri Abdul Halim dan Pn Norasyikin Mohd Aris.

Alhamdulillah, bagi semua perlawanan yang telah dijalankan pada hari pertama Kejohanan, kesemua pasukan kami telah menang.  Semoga esok (20/8/13) mereka turut mencapai kejayaan cemerlang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan