Khamis, 22 Ogos 2013

Penutup Karnival Sukan Pra-U 2013

Star Q


Hari kedua Karnival Sukan Pra-U 2013 peringkat Negeri Sembilan yang juga merupakan hari penutup, telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pihak pasukan dari SMK Tuanku Abdul Rahman.  Pasukan kami telah menjadi Johan Negeri dalam dua acara iaitu Bola Jaring dan Bola Tampar Perempuan.  Manakala Bola Tampar Lelaki telah mendapat tempat ketiga.

Kedua-dua pasukan Bola Jaring dan Bola Tampar Perempuan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Port Dickson dari 3/09/2013 hingga 7/09/2013.  Penulis dan seluruh warga SMKTAR mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya mengharumkan lagi nama Pra-U SMKTAR.

Tahniah sekali lagi penulis ucapkan kepada semua pemain dan tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.  Bagi pasukan yang tidak berjaya semoga pasukan baru yang akan menggantikan mereka akan dapat melakukan yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan