Rabu, 25 September 2013

Meraikan Peserta Karnival Sukan

Star Q


Majlis ini sebenarnya sudah agak lama tertangguh kerana mencari masa dan ketika yang sesuai untuk mengadakannya.  Antara kekangan yang dihadapi yang telah melihat majlis ini lebih dari dua kali tertangguh ialah masa yang tidak sesuai untuk barisan pentadbir turut bersama.

Namun, pada tarikh 24hb September 2013, majlis bagi meraikan peserta pra-u SMK Tuanku Abdul Rahman yang telah bertanding dalam acara-acara bola tampar lelaki/perempuan, futsal dan bola jaring, telah berjaya diadakan walaupun tanpa pentadbir.  Namun, kami bersyukur kerana GPK Tingkatan 6 serta Pneyelras Kokurikulum Tingkatan 6 dapat turut bersama.

Majlis yang disusun atur oleh tenaga pengajar pra-u SMKTAR sendiri ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari segala aspek khususnya oleh Pn Norasyikin Mohd Aris.  Ini menunjukkan kumpulan tenaga pengajar yang kecil seperti tenaga pengajar pra-u SMKTAR juga mempunyai semangat tinggi demi pelajar pra-u yang dikasihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan