Selasa, 15 Oktober 2013

Aktiviti Kokurikulum Terakhir 2013

Star Q


Hari Rabu 25hb September merupakan hari terkahir aktiviti kokurikulum dijalankan untuk tahun 2013.  Memang tidak dapat dibayangkan kegembiraan di wajah para pelajar pra-u (dan wajah tenaga pengajar juga!)

Bagi Pasukan Kadet Polis Pra-U SMKTAR aktiviti tahun ini ditutup dengan mengadakan pameran secara besar-besaran tentang kepolisian.  Terdapat sepuluh kumpulan yang membuka sepuluh 'booth' pameran yang memberi berbagai maklumat tentang kepolisian mengikut pangkat-pangkat dalam unit keselamatan tersebut.  Di samping memberi maklumat kepada pengunjung, pelajar juga menyediakan minuman ringan sebagai pembasah tekak pengunjung.  Empat hadiah telah disediakan kepada para pemenang 'booth' terbaik.  Para hakim terdiri daripada En. Rozy bin Hj Ramli, Pn Adek Noor Suliati bt Mad Said dan Pn Norhayati Sahwan.

Serentak dengan pameran tersebut, Pasukan Kadet Polis juga telah mengadakan jamuan akhir tahun yang ringkas.  Selain daripada menambah kemeriahan kepada pameran yang dijalankan, jamuan ini juga diharap dapat memberi perangsang kepada bakal peneraju Pasukan Kadet Polis dalam kalangan pelajar Pra-U tahun 2014.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan