Rabu, 23 Oktober 2013

Sambutan Qurban Perdana

Star Q
iii.  Profiteroles


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini warga SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan ibadah qurban.  Cuma bezanya, tahun ini majlis tersebut dinamakan Sambutan Korban Perdana yang telah digabungkan sekali dengan Pelancaran Sarana Ibu-Bapa SMKTAR.

Majlis yang telah diadakan pada 17hb Oktober 2013, telah melihatkan warga SMKTAR menggembeling tenaga untuk menguruskan qurban sebanyak empat ekor lembu.  Selain diagih-agihkan kepada semua warga SMKTAR, daging qurban tersebut turut dijadikan juadah untuk mereka yang bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut.

Pada awalnya, Pengetua SMKTAR mencadangkan dua jenis lauk, iaitu Sup Tulang dan Daging Masak Kicap untuk dihidangkan.  Namun pada hari tersebut 'orang dapur' majlis tersebut telah menambah hidang termasuklah Daging Masak Lemak Cili Api, Kerabu Mangga dan Sambal Tumis Petai Ikan Bilis.

Walaupun ada suara-suara kurang manis yang bertiup semasa majlis ini, syukurlah ia telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil dari kerjasama erat semua warga SMKTAR, yang terdiri dari para guru dan pelajar, juga ibu-bapa dan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan