Ahad, 3 November 2013

Majlis Graduasi 2013

Star Q


Pada 29hb Oktober 2013, SMK Tuanku Abdul  Rahman telah julung-julung kalinya mengadakan Majlis Graduasi untuk para pelajar Tingkatan 5 dan pra-universiti.  Majlis ini lebih eksklusif lagi bila memandangkan hanya segolongan guru sahaja yang telah berpeluang melihat saat-saat gemilang anak didik mereka yang telah diajar sekian lama.

Majlis yang pada mulanya hanya mahu diadakan untuk tingkatan 5 sahaja, akhirnya turut melibatkan para pelajar pra-universiti setelah kesemua tenaga pengajar pra-universiti bercadang untuk membuat majlis graduasi berasingan sekiranya tidak dijemput sama.

Semangat gigih GPK Tingkatan 6 yang berbincang dan berusaha untuk turut melibatkan para pelajar pra-universiti akhirnya membuatkan hasil.  Walaupun jubah graduasi terpaksa disewa dari dua buah sekolah berhampiran, namun semangat untuk memberi peluang para pelajar SMKTAR merasai suasana graduasi telah menyebabkan majlis tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan