Isnin, 4 November 2013

Majlis Titisan Restu 2013

Star Q


Seperti kebiasaan yang diadakan saban tahun, tahun ini juga Unit Peperiksaan Pra-universiti tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Titisan Restu sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan STPM masing-masing.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi pada 31hb Oktober 2013 itu telah menjemput semua tenaga pengajar untuk memberikan amanat terakhir mereka termasuklah tip-tip tentang, cara menjawab soalan.  Antara tenaga pengajar yang berkesempatan memberikan amanat mereka termasuklah Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, En Mohd Yusof bin Bujai, Bidang Bahasa En. Sulaiman bin Baharin dan juga Setiausaha Peperiksaan sendiri Puan Zaini binti Yusof.

Majlis ini juga menyaksikan insiden-insiden yang menyentuh perasaan bilamana terdapat pelajar yang menitiskan air mata ketika bersalaman dengan tenaga pengajar.  Insiden yang melibatkan pelajar Penggal 3 ini memang tidak dapat disangkal lagi memandangkan selepas ini mereka akan menjejakkan kaki ke dunia baru dengan meninggalkan semua tenaga pengajar pra-universiti yang selama ini membimbing mereka.

Hanya doa tenaga pengajar mengiringi mereka agar mereka sentiasa beroleh kejayaan seperti mana yang mereka inginkan untuk dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan