Star Q
Antara aktiviti yang bakal menjadi kenang-kenangan kepada semua pelajar pra-universiti SMKTAR ialah Jamuan Akhir Tahun atau Jamuan Perpisahan yang diadakan khas untuk pelajar enam atas yang akan meninggalkan alam persekolahan.
Istimewanya jamuan buat mereka kali ini ialah, sebahagian besar pengelolaannya telah diuruskan oleh tenaga pengajar pra-universiti sendiri; bermula dari memilih menu semasa tempahan makanan, tempahan tempat untuk mengadakan jamuan sehinggalah cenderahati yang diberikan kepada para pelajar.
Jamuan yang telah tertunda sebanyak dua kali ini akhirnya telah dapat dijalankan pada jam 11.00 pagi pada 11hb November 2013 bertempat di Dewan Makan Asrama SMKTAR. Majlis telah berlangsung dengan suasana meriah walaupun terdapat sebilangan kecil pelajar pra-u yang tidak hadir.
Majlis pada hari itu telah di akhiri dengan nyanyian dua buah lagu oleh tenaga pengajar pra-universiti termasuk sebuah lagu yang didendangkan oleh GPK Tingkatan 6 sendiri iaitu En. Yusof Bujai. Semoga jamuan perpisahan ini menjadi kenangan abadi buat semua pelajar enam atas ambilan 2012/2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan