Jumaat, 22 November 2013

STPM 2013

Star Q


Ini sahajalah gambar-gambar kenangan yang dapat penulis ambil.  Pada hari gambar-gambar ini diambil, pelajar pra-u atas telah selesai peperiksaan P3 mereka.  Pelajar pra-u rendah baru selesai kertas Pengajian Am.  Kebetulan penulis ke blok pra-universiti dan mendapati beberapa orang pelajar sedang membuat ulang-kaji, jadi penulis tidak melepaskan peluang.

Penulis tidak berpeluang mengambil gambar para pelajar pra-u dalam suasana peperiksaan sebenar seperti yang berlaku kepada calon-calon peperiksaan PMR dan SPM dimana hampir setiap hari gambar mereka dapat didokumentasikan.  Ini kerana penulis sendiri terpaksa menjadi pengawas peperiksaan STPM di sekolah yang berhampiran.  Sementelah, penulis pernah berkali-kali diingatkan oleh seorang pegawai bahawa mengambil gambar calon sedang menduduki peperiksaan adalah salah.

Pun begitu, penulis bersyukur kerana masih sempat mengambil beberapa gambar di atas sebagai kenangan.  Semoga semua anak-anak didik pra-universiti kami berjaya ke menara gading dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.


2 ulasan: