Jumaat, 12 Oktober 2012

Peperiksaan Semester Pertama

Star Q


Peperiksaan adalah sesuatu yang sangat mendebarkan bagi sesiapa pun, khususnya bagi mereka yang mendudukinya buat kali pertama.  Dan untuk pertama kalinya, semua pelajar Pra-U (bawah) SMKTAR mula merasakan suasana peperiksaan semester pertama mereka dengan menjalani Peperiksaan Percubaan mulai dari 8hb Oktober 2012 hingga 15hb Oktober 2012.

Peperiksaan semester pertama sebenar yang mereka duduki sebelum hujung tahun ini merupakan yang julung-julung kali dijalankan dan pelajar ini merupakan perintis bagi sistem ini.  Sistem ini tidak memberikan banyak masa untuk para pelajar 'berbulan madu' seperti mana senior mereka sebelum ini yang menduduki peperiksaan STPM hanya selepas satu tahun setengah berada di Pra-U.

Oleh yang demikian semua pelajar  Pra-U (bawah) diharap dapat menggembelingkan usaha agar pointer yang ada perolehi kelas tidak terlalu rendah.  Apa pun warga guru Pra-U SMKTAR sentiasa bersedia menghulurkan sebarang bantuan sekiranya diperlukan.  Teruskan usaha anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan