Rabu, 3 Oktober 2012

Ceramah Teknik Menjawab

Star Q


Satu sesi ceramah teknik menjawab telah diadakan hari ini, 3hb Oktober 2012, bermula jam 8.00 pagi.  Ceramah yang dikhususkan untuk para pelajar Pra-U Rendah, sepatutnya merangkumi tiga subjek iaitu Geografi, Pengajian Am dan MUET.  Namun penceramah jemputan telah tidak dapat hadir pada saat-saat akhir menyebabkan sesi yang sepatutnya dijalankan se hari penuh, hanya dapat dijalankan sehingga jam 12.00 tengahari.

Ceramah telah dimulakan dengan teknik menjawab untuk subjek Geografi yang telah disampaikan oleh Pn. Norasyikin Mohd Aris, guru Pra-U SMKTAR yang juga merupakan seorang pemeriksa.  Ceramah ini khusus untuk tiga kelas yang mengambil subjek tersebut.


Ini diikuti dengan ceramah teknik menjawab MUET 2 - Speaking untuk semua pelajar Pra-U Rendah.  Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang lagi guru Pra-U SMKTAR, En. Rozy bin Hj Ramli.  Mengikut perancangan asal, ceramah MUET tidak ada dalam jadual.  Namun untuk mengisi waktu senggang yang agak lama, guru tersebut dipelawa untuk memberi ceramah teknik menjawab tersebut, walaupun dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 hari yang sama, guru tersebut baru saja selesai memberi teknik menjawab untuk calon SPM di Dewan Al-Ghazali.

Apa pun, diharap semua pelajar yang hadir dapat memunafaatkan segala maklumat yang disampaikan untuk kejayaan mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan