Sabtu, 13 Oktober 2012

Lawatan Dato' Pengarah JPNS

Star Q


Pusat Pra-U SMK Tuanku Abdul Rahman telah dilawati oleh Yang Berbahagia Dato' Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada jam 10.20 pagi, 12hb Oktober 2012.  Rombongan Yang Berbahagia Dato' telah diiringi oleh dua orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran dan juga para pengetua dan guru besar.

Lawatan Yang Berbahagia Dato' ke sini adalah bagi memenuhi satu sesi profesionalisme ringkas bersama tenaga pengajar Pra-U SMKTAR, di samping melihat prasarana dan kelengkapan yang terdapat di sini.  Memandangkan banyak perancangan yang telah diatur untuk pusat ini, lawatan Yang Berbahagia Dato' memang sangat dinanti-nantikan.


Dalam pada aturcara Yang Berbahagia Dato' yang padat, memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat dan beliau juga turut menghadiri majlis di sekolah rendah berhampiran, Yang Berbahagia Dato' juga telah sempat masuk ke dalam salah sebuah kelas Pra-U, iaitu 6 (Atas) SKP.  Beliau telah sempat meninggalkan amanat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Majlis ringkas yang hanya memakan masa setengah jam itu, walaubagaimanapun merupakan kunjungan yang sangat bermakna, baik kepada warga pendidik Pra-U SMKTAR, maupun para pelajar nya.

Foto ihsan Pn Norasyikin Mohd Aris


Tiada ulasan:

Catat Ulasan