Star Q
Hari Koperasi peringkat sekolah kami telah diadakan selama seminggu mulia dari 2hb Julai 2012 hingga 6hb Julai 2012. Berbagai aktiviti telah disusun-atur oleh guru-guru Koperasi SMKTAR. Antara aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah pertandingan Congkak, Seremban, Gubahan dari Bahan Terbuang dan banyak lagi.
Namun, aktiviti hari Koperasi yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar (termasuk guru!) ialah hari Jualan oleh para pelajar sendiri. Tahun ini menyaksikan agak ramai pelajar melibatkan diri dalam jualan kerana banyak gerai memenuhi kawasan kecil yang disediakan untuk aktiviti tersebut.
Pelajar Pra-U juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat usahawan mereka dengan membuka gerai menjual minuman sejuk dan ais-krim goreng. Selain daripada gerai tersebut, terdapat juga gerai yang menjual makanan kudapan, kemeja-T dan tidak ketinggalan gerai Nasi Kerabu.
Semoga semangat memeriahkan Hari Koperasi ini akan terjemah kepada semangat pelajar untuk belajar.