Khamis, 24 Mei 2012

Pindah!!!

Star Q


Minggu ini merupakan minggu ketiga orientasi para pelajar Pra-U Bawah 2012/2013.  Sepanjang minggu sebahagian besar pelajar dilihat begitu sibuk melakukan kerja-kerja membersih bilik-bilik kelas, pusat sumber dan bilik guru.  Untuk makluman, keseluruhan unit Pra-U SMKTAR akan berpindah ke bangunan asal SK Tuanku Abdul Rahman yang kini telah berpindah ke bangunan baru.  

Walaupun sayang dengan unit yang telah dihuni sejak 2009, namun bagi mematuhi arahan pihak pentadbiran sekolah, maka warga pendidik dan pelajar Pra-U akur.  Kebanyakan pra-sarana yang ada di bilik-bilik di SMKTAR telah dibina bersama oleh sebahagian besar tenaga pengajar tingkatan 6.  Maka tidak hairanlah rasa sayang terhadap pra-sarana tersebut sangat mendalam.  Dengan hati yang berat, unit Pra-U akan mula menghuni bangunan (lama) SRK Tuanku Abdul Rahman bila semester kedua 2012 mula dibuka.


Antara kerja-kerja yang dilakukan pelajar termasuklah mengecat bilik guru dan juga bilik pusat sumber.  Walaupun hati agak sedih melihat suasana bangunan yang telah tiga tahun ditinggalkan, khususnya keadaan pusat sumber zaman British yang agak ketinggalan zaman dari segi reka bentuknya, namun warga pendidik dan para pelajar pra-U akan cuba menjadikannya yang terbaik.

Sama-sama lah kita berdoa agar perpindahan ini merupakan langkah yang terbaik, Insya Allah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan