Isnin, 7 Mei 2012

Bermulalah Dunia Pra-U 2012/2013

Star Q


Hari ini bermulalah dunia baru baru sebilangan lepasan SPM 2011 bilamana mereka mula mendaftar untuk menjadi pelajar Pra-U SMKTAR ambilan 2012/2013.  Pendaftaran pelajar baru, yang bermula se awal jam 8.00 pagi turut menyaksikan beberapa orang bekas pelajar SMKTAR sendiri turut serta mendaftar, sebahagian besar daripada mereka diiringi oleh ibu-bapa masing-masing.

Program untuk para pelajar baru Pra-U telah pun dirancang rapi untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan juga suasana belajar yang berbeza dengan apa yang pernah mereka lalui sebelum ini.  Program Orientasi yang akan bermula hari ini, 8hb Mei 2012 hingga 18hb Mei 2012 akan diisi dengan berbagai imput yang berfaedah untuk mereka semua.


Seperti ambilan Pra-U bawah sebelum mereka, pihak pengajar Pra-U SMKTAR sentiasa akan cuba memberikan yang terbaik untuk mereka dan sebagai imbalan, diharap mereka juga turut dapat memberikan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan